Monday, August 1, 2016

DURIAN

Salam. Sekarang dah mula musim durian kan? Banyak tempat yang buat pesta durian. Itulah yang kawan-kawan Sarah teringin sangat nak makan.

Dari kecil Sarah memang tidak makan durian.Sarah sangat peka dengan baunya. kalau nampak atau terbau durian, dari jauh sebolehnya Sarah akan usaha untuk lari. 

Selalu orang salah sangka dan pelbagai soalan akan ditanya.

" Tak makan durian? Ee.. Berlagak! "

" Geli ke? Rugi! "

" Konon keturunan mat salleh sangatlah. "

Macam-macam lagi. Tidak tahu mahu beri jawapan apa. Bukan geli, bukan berlagak tapi tidak boleh dan tidak akan makan durian, Meremang. Mungkin terbawa-bawa peristiwa sewaktu kecil.

Tapi sepanjang 4 tahun Sarah bersama mereka ini, setiap tahun juga Sarah akan teman mereka makan durian bila tiba musimnya.

Serba sedikit Sarah mampu berdepan dengan baik walaupun masih belum mampu untuk makan,

Tolong bukakan durian dan duduk semeja sambil baca buku sewaktu mereka makan dengan penuh nikmat merupakan hal yang paling membanggakan diri Sarah. Betapa kuatnya hati ini. Hahaha.

Sarah tidak pedulu apa yang orang mahu kata. Makanan itu pilihan dan selera kita berbeza-beza. Tiada sebab uuntuk pertikaikan.

Oh, ini gambar semalam.

Selepas teman mereka menikmati durian, Sarah dapat habuan hempedak. Bahagia!

Ada yang tidak makan durian? Kita geng!


Sunday, July 24, 2016

Graduation Day

Assalamualaikum kawan.

Sarah cuma nak share kenangan manis pada semua.

Ok, Sebelum tu, berjaya juga Sarah update dalam masa terdekat dari posting sebelum ni kan? Hehehe.

Semalam, 23 Julai 2016 merupakan tarikh keramat Sarah dan kawan-kawan. Syukur semuanya berjalan lancar.


Sebelum nak tiba hari yang best ni, macam halangan dan macam-macam masalah yang timbul. Asalnya berperancangan tidak mahu konvo atas faktor tertentu. Kebetulan ayah dan emak Sarah tidak dapat hadirkan diri untuk konvokesyen ni. Mereka tidak sihat.

Tak mengapa. Konvo saja. Huhu.


Bila lihat balik gambar semalam, rasa tak percaya sudah berjaya melepasi semuanya. Tuhan Maha Tahu apa yang jadi selama 3 tahun berjuang di KLMUC. Bukan sekadar ujian fizikal malah mental.

Rasa bahagia walaupun di saat akhir belajar perlu repeat subjek dan perlu berdepan dengan crash course yang kurang membantu tingkatkan pointer sebenarnya. Allah Maha Tahu kan. Kalau nak dicerita pasti panjang lebar.


Syukur berjaya harungi sama-sama. Mereka ini antara insan hebat yang ada dalam hati Sarah. Mereka juga penguat semangat Sarah untuk habiskan belajar. Syukur, Alhamdulillah.

Walaupun emak dan ayah tak ada, mereka ada bersama pun sudah cukup. 

Waktu ini lah mula teringat-ingat Hawa. Rindu. Hawa pula sakit. Moga Allah beri kesembuhan buat hawa.

Tak tahu nak tulis apa lagi. Tak ada idea. Banyak perkara nak share tapi mungkin bukan sekarang. Terima kasih sudi membaca.

Doakan Sarah, ya!

Wednesday, July 13, 2016

UPDATED!

Salam buat semua.

Sudah lama tak update blog ni. Sebelum ni buat blog konon nak lepas rindu pada blog lama tapi sejak sibuk dengan macam-macam ni, terabai pula blog ni. Hanya ada berapa post je kat sini. Huhu.

Tak apalah. Reader atau viewer tak banyak pun tak apa. Sarah akan jadikan blog ni untuk terapi sambil berkongsi apa yang patut pada semua. Hehehe.

Ok, Dalam beberapa bulan ni Sarah banyak berkongsi di Facebook sahaja. Konon tak ada masa nak tulis kat blog. Kat Facebook boleh pula post 2-3 post sehari. Keh!

Sempena Syawal yang masih panjang ni, Sarah ucapkan Salam Aidilfitri dan moga diberkati selalu.

Sarah fikir Sarah nak kumpul balik status di Facebook yang bagi Sarah ok untuk dikongsikan di sini. Macam pada Ramadhan lepas, ada juga Sarah kongsikan memori ramadhan di facebook dan wattpad. So, apa yang ok Sarah kongsikan saja ya!

Moga blog ni boleh beri manfaat buat semua.

Wassalam!

Wednesday, April 20, 2016

Filem REDHA


'Redha ( Beautiful Pain)'

Hari ini cuti. Saya berkesempatan untuk luangkan masa menonton filem REDHA pagi tadi. Kebetulan hanya saya seorang yang menonton dalam hall tersebut. Maklumlah waktu bekerja dan mudahlah untuk saya hayati sendiri. :D

Filem ini memaparkan dilema pasangan suami isteri dalam menangani masalah anak mereka yang menghidap autism. Sangat menyentuh perasaan.

Pada yang tidak tahu apa itu autism, filem ini memberi pencerahan dan pendedahan kepada kita. Apa ciri-ciri dan bagaimana cara didikan anak autism juga ada dikongsikan. Saya sangat tersentuh dengan setiap scene yang ada. Sangat sempurna.

Filem ini juga mampu menyuntik semangat ibu bapa yang mempunyai anak autism untuk terus cekal dan tabah dalam mendidik dan membesarkan anak syurga. Besar cabaran yang dilalui, besarlah ganjaran yang menanti.

" Kadang-kadang kita tertanya-tanya saat diuji. Kenapa aku? "

Jawapannya ada di setiap ujian. Hanya yang terpilih yang akan laluinya dengan baik walaupun pada awalnya sakit dan perit kerana tidak semua mampu menerima dengan rasa senang apa yang diberikan oleh Allah s.w.t.

Bagi saya, filem REDHA ini telah membuka mata masyarakat tentang kesedaran berkaitan autism secara mendalam. Mereka juga perlu tahu, anak sebegini mempunyai kelebihan yang tersendiri. Saya sebagai penonton sangat kagum dengan team REDHA yang berusaha untuk jayakan filem ini. Saya yakin dan pasti mereka bekerja dengan penuh penghayatan.

Filem ini bukan hanya untuk mereka yang mempunyai anak atau ahli keluarga yang autism sahaja tetapi untuk semua. Tahniah, REDHA!

Thursday, February 25, 2016

KOTA KATA

Salam semua. 

Kesempatan ni Sarah nak kongsikan program yang akan datang iaitu KOTA KATA.

Apa ada dengan KOTA KATA ni?

KOTA KATA ni merupakan pesta buku alternatif. Juga salah satu event atau program yang diadakan untuk tarik minat masyarakat kenal, tahu dan enjoy dengan industri buku juga seni puisi, joget serta sebagainya. 

Event ni sangat santai dan menghiburkan. 

Tahun lepas, KOTA KATA buat pada 24 Oktober di tempat yang sama. Sambutan sangat hebat. Sejujurnya tak rugi kalau kawan-kawan datang. Kalau dah datang tu, jangan datang sorang diri. Bawa kawan lagi syok!

Sarah sendiri waktu tu kebetulan datang seorang diri. Tapi oleh sebab minat, datang juga. Dapat kawan baru! Hahahaha.

Jadi, datanglah beramai-ramai meriahkan suasana.

Untuk tahun ni, performer pon lain dari tahun lepas. Insya Allah best juga macam tahun lepas. :) 

Yang best tahun lepas, dapat tahu tentang randai. Apa tu randai? Haa.. Google sendiri! Hahaha.

Nah, ini poster untuk KOTA KATA 2016. Lagi sebulan. Booking awal-awal tarikh tu. Buat reminder. Hihihi. 

Poster

Senarai Performer


Jangan lupa datang! Nanti kalau terlepas, jangan menyesal. Huhu.

p/s: Harap penganjur akan buat t-shirt macam tahun lepas. Lengan panjang satu! :D

Tuesday, February 16, 2016

DIAgnosis 2


DIAagnosis 2

Sarah baru berkesempatan untuk membaca DIAGNOSIS2 ini.

Beli waktu PBAKL15. Buku ini antara buku yang Sarah target untuk selesaikan sebelum tibanya PBAKL16.

Seperti biasa, saya mengambil masa yang lama untuk membaca. Paling sekejap 2 minggu. Maklumlah, masa terhad. :)

Sarah sangat sukakan setiap kandungan yang ada. Mesej yang ada sampai dengan jayanya di hati ini.

Dalam buku ini banyak menekankan mengenai hubungan kita kepada pencipta, Allah Tuhan semesta alam, hubungan sesama insan dan yang lebih penting bagi Sarah, mengingatkan hakikat hidup sebagai hamba yang tidak lari dari tanggungjawab dan kematian. Bernyawanya kita adalah sebagai hamba.

" Ya, mati itu benar. Mati itu pasti dan tiada yang lebih pasti sepasti mati...."

Berkali-kali juga terpaksa menahan air mata dari gugur dek kerana terlalu menghayati tiap cerita yang disampaikan dan kadangnya gagal juga. Huhu.

Banyak input yang Sarah dapat dari buku ini. Sangat banyak. Kalau nak diceritakan secara terperinci pastinya tak mampu.

Satu kelebihan mereka yang bergelar doktor ialah mereka melihat nilai nyawa itu dalam pelbagai sudut. Moga Allah berkati kalian.

Apa yang menarik, banyak perkataan, istilah dan ayat baru yang Sarah dapat dari buku ini. Ilmu untuk Sarah!

Buat yang telah berjaya menghasilkan buku ini, Sarah doakan Allah terima hasil usaha ini sebagai saham akhirat kalian. Amin.
-------------------------------------------------------

#2016ReadingChallenge

30 books for 2016

Time left : 318 days
Book finished : 3

Wednesday, February 3, 2016

My Happy Day


Alhamdulillah, syukur.

Pagi tadi memang teringin sangat nak makan mee goreng. Dah beli tapi Allah uji dengan satu kejadian. Mungkin dah tertulis itu rezeki 2 ekor kucing yang asyik ikut ke pejabat.

Hari ni kebetulan balik kerja lambat. Ada kerja yang perlu diselesaikan. Sampai rumah buka tudung saji ada mee goreng. Bahagia!

Punya lapar dan terlalu gembira dapat mee, terus duduk makan. Baru sumbat satu suap, tiba-tiba datang sekotak kek/brownies depan mata. Hampir tersedak.

Allah... Tak tahu nak kata apa. Dari pagi tak terfikir langsung pasal hari ni. Maklumlah dah makin tua. Hanya niat nak kerja dengan semangat saja.

Allah susun semua ada di rumah kecuali cik adik yang ada di Bahau. Macam ni pun happy. Terima kasih tak terkata buat mereka.

Aku tahu, kalau aku minta apa pun mereka akan buat dan akan kasi. Tapi bagi aku cukup aku masih ada mereka yang aku boleh pinjam hati untuk rasa tiap apa perasaan yang aku ada.

Aku bersyukur. Cukup bersyukur. Terima kasih!

Terima kasih juga buat yang tak putus-putus kirimkan doa. Moga Allah berkati. :)

Sunday, January 3, 2016

Projek Hujung Minggu

Salam.

Yeah! Dapat juga buat kimbap dan kimchi hari ni. Orang lain sediakan bahan, kita hulurkan tangankan saja.

Bolehlah buat makan ganti breakfast pagi tadi, lunch dan dinner malam ni.

Tiap hujung minggi diisi dengan program masakan sendiri. Hasilnya, 2015 berat bertambah 15kg. :P

2016, akan usaha kurangkan berat. Ya. Akan cuba. Cubaaa.. :(

Kimbap dan kimchi

Selamat bekerja untuk esok hari :D

Oh ya, hari ni hari lahir emak. Moga diri ini berkesempatan untuk jaga dan berbakti pada emak. Ameen.

Kenangan Ho Chi Minh City (Part 3)

Alhamdulillah..

Tiba hari ketiga dan juga hari terakhir berada di Ho Chi Minh City ni. Rasa tak mahu balik. Di sini semua masalah hilang. Hahaha.

Tepat jam 9:00 pagi seperti yang dijanjikan melalui tempahan, teksi sudah berada di depan hotel. Terus check out dan bergerak ke airport.

Sesak

Pagi seperti biasa, sesak. Jalan raya penuh. Oleh sebab itu, kami merancang untuk  bergerak awal.

Sampai airport kami terus urusankan urusan luggage dan siap untuk check in.

Barang penuh!

Bagasi penuh dengan barang borong, Pakaian kami hanya simpan dalam beg galas. Oh ya, sebelum tu Sarah nak kongsikan sedikit tips kepada yang suka memborong barang.

  • Barang atau kain yang sudah diborong, pastikan plastiknya ditanggalkan sebelum masuk ke dalam bagasi. Nak juga plastik tu? Simpan dalam beg galas atau mana-mana beg yang dibawa naik ke kabin.
  • Kalau boleh, elakkan beli beg guni dari vietnam untuk letak barang atau kain yang diborong.
  • Kain yang diborong, jangan susun terlalu cantik hingga nampakkan semua itu diborong. Kalau boleh tutup atau alaskan dengan kain atau pakaian lain yang kita bawa untuk dipakai.
  • Kalau ada borong keychain, silalah simpan di dalam beg yang akan dibawa naik ke kabin. jangan simpan dalam bagasi.
  • Barang berharga, jangan simpan dalam bagasi. Tolong beringat!
Mungkin ada lagi yang lain tetapi Sarah ada lupa juga. Hahaha.

Hal ini kerana bagi mengelakkan masalah ketika berhadapan dengan kastam sana. Sana licik sikit. Duit punya pasal. Nampak borong banyak sikit, berkemungkinan ada akan di charge tax yang tinggi. Berjaga-jagalah. :)


Menunggu

Cuca di airport cerah. Menunggu masa untuk terbang jam 12:45 tengah hari. Berat hati nak tinggalkan Ho Chi Minh.

Good Bye, Ho Chi Minh

Sampai ke tanah air dengan selamat walaupun ada sedikit masalah dan gangguan ketika penerbangan kerana masalah cuaca. Sampai Malaysia, hujan lebat.

KLIA 2

Sampai saja, terus buat pilihan untuk balik naik JetBus berbanding ERL. Berjimat. Hihihi. Dari KLI2 ke TBS mengambil masa 1 jam. Hujan renyai.

Tiket JetBus

Alhamdulillah, selamat sampai di rumah. Syukur.

3 hari 2 malam yang terlalu singkat dan padat. Syukur diberi kesempatan untuk tenangkan fikiran seketika. 

Hurmm.. Ke mana lagi kita?

Terbayang-bayang saja negara China sekarang. Ok, mula kumpul duit. Insya allah akan sampai ke sana :D


Kenangan Ho Chi Minh City (Part 2)

Salam.. 

Sarah minta maaf sebab baru ada kesempatan untuk update cerita di Ho Chi Minh Part 2.

Dah sebulan berlalu. Harap masih sudi membaca :)

Hari kedua, kami ambil kesempatan untuk berjalan sekitar Ho Chi Minh dengan hanya berjalan kaki.

Pagi itu, kami bercadang untuk melawat muzium. Pada masa yang sama, berjalan-jalan sekitar tu.

Kami hanya berbekalkan peta yang ada untuk ke destinasi. Sepanjang perjalanan, banyak juga ujian yang terpaksa ditempuh.

Antaranya kami ditarik-tarik oleh penjual kelapa di sepanjang jalan. Hampir juga ditipu oleh pengayuh beca. Alhamdulillah, tiada apa-apa buruk berlaku.

Peta sekitar Ho Chi Minh

Suasana tetap juga sibuk. Kebetulan kami selisih dengan waktu persekolahan habis. Memang sesak dan ramai. Penjual di tepi jalan juga penuh.

Kami sempat melepaskan penat di taman yang diberi nama Tao Dan Park. Taman yang cantik dan bersih bagi Sarah.

Tao Dan Park

Perjalanan jadi lama kerana kami keliru dengan peta dan ditipu arah jalan. Pengayuh beca dan penjual kelapa di sana juga licik. Pada mula kononnya ingin membantu, tawarkan beca untuk menghantar. Bila di tolak, menipu pula arah jalan. Haihh! Hati-hati ya kawan-kawan.

Setelah lama, kami jumpa jalan ke muzium. Sebenarnya jarak tidak jauh dan tidak susah untuk jumpa. Mungkin inilah dikatakan cabaran. Jumpa muzium, lega!

War Remnants Museum

Dah sampai muzium, tidak dibenarkan masuk sebab muzium tutup untuk waktu tengah hari dan akan dibuka selepas 1:20 pm. Waktu tu jam baru tunjukkan 11:55 a.m. Sangat lama untuk menunggu. Hanya mampu meninjau di luar sahaja. Apa boleh buat, redha sahaja sebab ada perancangan lain lagi selepas ini.

Sekitar muzium

Kami mengambil keputusan untuk ke Ben Thanh Market bagi selesaikan semua tempahan yang diminta oleh pelanggan dan kawan-kawan dari Malaysia. Itu antara tujuan utama juga iaitu memborong barang dan kain.

Lokasi memborong.

Bermulalah sesi memborong. Banyak yang nak di borong. Perut lapar, tetapi harus selesaikan misi ni dulu. Nanti belanja diri makan nasi. Yeaahh!

Dah mula rambang mata

Masuk dalam, nak cari apa yang orang nak bukan senang. Mana tidaknya, sydah mula rambang mata. Tapi nak cari kedai yang berbaloi. Sini pun kena hati-hati. Seboleh-bolehnya nak cari yang murah. Haha.

Haa.. Pilih!

Akhirnya jumpa juga kedai yang sesuai. Design semua terbaru dan hari-hari design berbeza. Siapa tak nak kan? Apa lagi? Pilih lah!

Ada kain cotton yang semurah RM25 3.5 meter di sini. Kalau pandai bodek, boleh dapat lagi murah daripada tu. Sutera pun ada. Harga pun semurah RM50. Murah kan?

Bila tiap kali minta diskaun, mesti ada antara peniaga yang kata 

" Ringgit jauh, mana boleh kurang banyak. "

Nasiblah. Hahaha. 

Dah selesai memborong, terus ke Butik Rohani Rohani Collection. Sesi memborong kain telekung. Telekung sini semua murah. Ada yang harga sini RM33, tapi Malaysia dah naik RM85 paling kurang. Boronglah sebanyak yang nak. 

Cantik-cantik

Bukan setakat telekung sahaja, malah jubah dan tudung pun ada dijual di sini. Harga sangat murah. Sempat juga beli air kopi yang dijual sebelah butik. 


Kopi vietnam

Dah selesai memborong, kami terus menjalankan misi seterusnya iaitu mencari nasi untuk di makan. Semalam satu hari tanpa nasi. Hari ini perlu cari nasi. Dari pagi terbayang nasi. Hahaha.

Ok, sebelum tu sempat juga Sarah borong serbuk kopi vietnam. Kisar depan mata, tau! Bau wangi. Suka! Hahaha.

Akhirnya kami memilih untuk membeli makanan di Restoran Hajah Basiroh. Makanan sedap, harga berbaloi! Nasi untuk 4 orang dan ayam seketul seorang beserta lauk sayur, lebih kurang 260 ribu dong. Kedai berada di celah-celah bangunan. Sekilas lalu, tak perasan lah. Huhu.

Piroh muka lapar :P

Sudah dapat nasi, terus balik hotel makan dengan tenang. Alhamdulillah kenyang sebab makanan banyak. Hahaha.

Sempatlah berehat lepas tu sebab malam nak ke mid night market lagi. Ada lagi barang yang belum jumpa. Untuk malam tu sahaja, duit kami masih berbaki banyak. Berjimat punya pasal. Hahaha.

Baki 1juta 108000 dong
(Satu juta seratus lapan ribu dong)

Kami cuba meminta pertolongan wanita kaunter semalam untuk buat tempahan teksi dari syarikat teksi semalam tetapi wanita itu tidak membantu dan hanya memberi alasan depan hotel sudah banyak teksi.

Oleh kerana inginkan diskaun 30%, Sarah buat panggilan menggunakan simkad yang dibeli semalam. Alhamdulillah teksi ditempah dengan harga diskaun.

Sudah rehat sepenuhnya, keluar lagi. Borong apa yang patut. Maklumlah, esok sudah mahu pulang! Sedang memborong, terjumpa kedai jual jubah dan baju kurung yang murah. Murah sangat!

Terbeliak mata kan? :P

Dah ada depan mata, apa lagi? Borong juga lah! Hahaha. Dah selesai semua, terus balik sebab nak timbang dan packing barang pula. Malam ni dah tak sesat. Hahaha.

Smpai di hotel terus, terus minta pertolongan pekerja lelaki di situ untuk menghantar penimbang ke bilik. Masa untuk menimbang!

Tunggu esok saja untuk balik. Hari yang menyeronokkan. Alhamdulillah.


Bahagian 3 bersambung...





© Pelangi Intisar | Blogger Template by Enny Law