Wednesday, April 20, 2016

Filem REDHA


'Redha ( Beautiful Pain)'

Hari ini cuti. Saya berkesempatan untuk luangkan masa menonton filem REDHA pagi tadi. Kebetulan hanya saya seorang yang menonton dalam hall tersebut. Maklumlah waktu bekerja dan mudahlah untuk saya hayati sendiri. :D

Filem ini memaparkan dilema pasangan suami isteri dalam menangani masalah anak mereka yang menghidap autism. Sangat menyentuh perasaan.

Pada yang tidak tahu apa itu autism, filem ini memberi pencerahan dan pendedahan kepada kita. Apa ciri-ciri dan bagaimana cara didikan anak autism juga ada dikongsikan. Saya sangat tersentuh dengan setiap scene yang ada. Sangat sempurna.

Filem ini juga mampu menyuntik semangat ibu bapa yang mempunyai anak autism untuk terus cekal dan tabah dalam mendidik dan membesarkan anak syurga. Besar cabaran yang dilalui, besarlah ganjaran yang menanti.

" Kadang-kadang kita tertanya-tanya saat diuji. Kenapa aku? "

Jawapannya ada di setiap ujian. Hanya yang terpilih yang akan laluinya dengan baik walaupun pada awalnya sakit dan perit kerana tidak semua mampu menerima dengan rasa senang apa yang diberikan oleh Allah s.w.t.

Bagi saya, filem REDHA ini telah membuka mata masyarakat tentang kesedaran berkaitan autism secara mendalam. Mereka juga perlu tahu, anak sebegini mempunyai kelebihan yang tersendiri. Saya sebagai penonton sangat kagum dengan team REDHA yang berusaha untuk jayakan filem ini. Saya yakin dan pasti mereka bekerja dengan penuh penghayatan.

Filem ini bukan hanya untuk mereka yang mempunyai anak atau ahli keluarga yang autism sahaja tetapi untuk semua. Tahniah, REDHA!

No comments:

Post a Comment

© Pelangi Intisar | Blogger Template by Enny Law