Monday, August 1, 2016

DURIAN

Salam. Sekarang dah mula musim durian kan? Banyak tempat yang buat pesta durian. Itulah yang kawan-kawan Sarah teringin sangat nak makan.

Dari kecil Sarah memang tidak makan durian.Sarah sangat peka dengan baunya. kalau nampak atau terbau durian, dari jauh sebolehnya Sarah akan usaha untuk lari. 

Selalu orang salah sangka dan pelbagai soalan akan ditanya.

" Tak makan durian? Ee.. Berlagak! "

" Geli ke? Rugi! "

" Konon keturunan mat salleh sangatlah. "

Macam-macam lagi. Tidak tahu mahu beri jawapan apa. Bukan geli, bukan berlagak tapi tidak boleh dan tidak akan makan durian, Meremang. Mungkin terbawa-bawa peristiwa sewaktu kecil.

Tapi sepanjang 4 tahun Sarah bersama mereka ini, setiap tahun juga Sarah akan teman mereka makan durian bila tiba musimnya.

Serba sedikit Sarah mampu berdepan dengan baik walaupun masih belum mampu untuk makan,

Tolong bukakan durian dan duduk semeja sambil baca buku sewaktu mereka makan dengan penuh nikmat merupakan hal yang paling membanggakan diri Sarah. Betapa kuatnya hati ini. Hahaha.

Sarah tidak pedulu apa yang orang mahu kata. Makanan itu pilihan dan selera kita berbeza-beza. Tiada sebab uuntuk pertikaikan.

Oh, ini gambar semalam.

Selepas teman mereka menikmati durian, Sarah dapat habuan hempedak. Bahagia!

Ada yang tidak makan durian? Kita geng!


Sunday, July 24, 2016

Graduation Day

Assalamualaikum kawan.

Sarah cuma nak share kenangan manis pada semua.

Ok, Sebelum tu, berjaya juga Sarah update dalam masa terdekat dari posting sebelum ni kan? Hehehe.

Semalam, 23 Julai 2016 merupakan tarikh keramat Sarah dan kawan-kawan. Syukur semuanya berjalan lancar.


Sebelum nak tiba hari yang best ni, macam halangan dan macam-macam masalah yang timbul. Asalnya berperancangan tidak mahu konvo atas faktor tertentu. Kebetulan ayah dan emak Sarah tidak dapat hadirkan diri untuk konvokesyen ni. Mereka tidak sihat.

Tak mengapa. Konvo saja. Huhu.


Bila lihat balik gambar semalam, rasa tak percaya sudah berjaya melepasi semuanya. Tuhan Maha Tahu apa yang jadi selama 3 tahun berjuang di KLMUC. Bukan sekadar ujian fizikal malah mental.

Rasa bahagia walaupun di saat akhir belajar perlu repeat subjek dan perlu berdepan dengan crash course yang kurang membantu tingkatkan pointer sebenarnya. Allah Maha Tahu kan. Kalau nak dicerita pasti panjang lebar.


Syukur berjaya harungi sama-sama. Mereka ini antara insan hebat yang ada dalam hati Sarah. Mereka juga penguat semangat Sarah untuk habiskan belajar. Syukur, Alhamdulillah.

Walaupun emak dan ayah tak ada, mereka ada bersama pun sudah cukup. 

Waktu ini lah mula teringat-ingat Hawa. Rindu. Hawa pula sakit. Moga Allah beri kesembuhan buat hawa.

Tak tahu nak tulis apa lagi. Tak ada idea. Banyak perkara nak share tapi mungkin bukan sekarang. Terima kasih sudi membaca.

Doakan Sarah, ya!

Wednesday, July 13, 2016

UPDATED!

Salam buat semua.

Sudah lama tak update blog ni. Sebelum ni buat blog konon nak lepas rindu pada blog lama tapi sejak sibuk dengan macam-macam ni, terabai pula blog ni. Hanya ada berapa post je kat sini. Huhu.

Tak apalah. Reader atau viewer tak banyak pun tak apa. Sarah akan jadikan blog ni untuk terapi sambil berkongsi apa yang patut pada semua. Hehehe.

Ok, Dalam beberapa bulan ni Sarah banyak berkongsi di Facebook sahaja. Konon tak ada masa nak tulis kat blog. Kat Facebook boleh pula post 2-3 post sehari. Keh!

Sempena Syawal yang masih panjang ni, Sarah ucapkan Salam Aidilfitri dan moga diberkati selalu.

Sarah fikir Sarah nak kumpul balik status di Facebook yang bagi Sarah ok untuk dikongsikan di sini. Macam pada Ramadhan lepas, ada juga Sarah kongsikan memori ramadhan di facebook dan wattpad. So, apa yang ok Sarah kongsikan saja ya!

Moga blog ni boleh beri manfaat buat semua.

Wassalam!

Wednesday, April 20, 2016

Filem REDHA


'Redha ( Beautiful Pain)'

Hari ini cuti. Saya berkesempatan untuk luangkan masa menonton filem REDHA pagi tadi. Kebetulan hanya saya seorang yang menonton dalam hall tersebut. Maklumlah waktu bekerja dan mudahlah untuk saya hayati sendiri. :D

Filem ini memaparkan dilema pasangan suami isteri dalam menangani masalah anak mereka yang menghidap autism. Sangat menyentuh perasaan.

Pada yang tidak tahu apa itu autism, filem ini memberi pencerahan dan pendedahan kepada kita. Apa ciri-ciri dan bagaimana cara didikan anak autism juga ada dikongsikan. Saya sangat tersentuh dengan setiap scene yang ada. Sangat sempurna.

Filem ini juga mampu menyuntik semangat ibu bapa yang mempunyai anak autism untuk terus cekal dan tabah dalam mendidik dan membesarkan anak syurga. Besar cabaran yang dilalui, besarlah ganjaran yang menanti.

" Kadang-kadang kita tertanya-tanya saat diuji. Kenapa aku? "

Jawapannya ada di setiap ujian. Hanya yang terpilih yang akan laluinya dengan baik walaupun pada awalnya sakit dan perit kerana tidak semua mampu menerima dengan rasa senang apa yang diberikan oleh Allah s.w.t.

Bagi saya, filem REDHA ini telah membuka mata masyarakat tentang kesedaran berkaitan autism secara mendalam. Mereka juga perlu tahu, anak sebegini mempunyai kelebihan yang tersendiri. Saya sebagai penonton sangat kagum dengan team REDHA yang berusaha untuk jayakan filem ini. Saya yakin dan pasti mereka bekerja dengan penuh penghayatan.

Filem ini bukan hanya untuk mereka yang mempunyai anak atau ahli keluarga yang autism sahaja tetapi untuk semua. Tahniah, REDHA!

Thursday, February 25, 2016

KOTA KATA

Salam semua. 

Kesempatan ni Sarah nak kongsikan program yang akan datang iaitu KOTA KATA.

Apa ada dengan KOTA KATA ni?

KOTA KATA ni merupakan pesta buku alternatif. Juga salah satu event atau program yang diadakan untuk tarik minat masyarakat kenal, tahu dan enjoy dengan industri buku juga seni puisi, joget serta sebagainya. 

Event ni sangat santai dan menghiburkan. 

Tahun lepas, KOTA KATA buat pada 24 Oktober di tempat yang sama. Sambutan sangat hebat. Sejujurnya tak rugi kalau kawan-kawan datang. Kalau dah datang tu, jangan datang sorang diri. Bawa kawan lagi syok!

Sarah sendiri waktu tu kebetulan datang seorang diri. Tapi oleh sebab minat, datang juga. Dapat kawan baru! Hahahaha.

Jadi, datanglah beramai-ramai meriahkan suasana.

Untuk tahun ni, performer pon lain dari tahun lepas. Insya Allah best juga macam tahun lepas. :) 

Yang best tahun lepas, dapat tahu tentang randai. Apa tu randai? Haa.. Google sendiri! Hahaha.

Nah, ini poster untuk KOTA KATA 2016. Lagi sebulan. Booking awal-awal tarikh tu. Buat reminder. Hihihi. 

Poster

Senarai Performer


Jangan lupa datang! Nanti kalau terlepas, jangan menyesal. Huhu.

p/s: Harap penganjur akan buat t-shirt macam tahun lepas. Lengan panjang satu! :D

Tuesday, February 16, 2016

DIAgnosis 2


DIAagnosis 2

Sarah baru berkesempatan untuk membaca DIAGNOSIS2 ini.

Beli waktu PBAKL15. Buku ini antara buku yang Sarah target untuk selesaikan sebelum tibanya PBAKL16.

Seperti biasa, saya mengambil masa yang lama untuk membaca. Paling sekejap 2 minggu. Maklumlah, masa terhad. :)

Sarah sangat sukakan setiap kandungan yang ada. Mesej yang ada sampai dengan jayanya di hati ini.

Dalam buku ini banyak menekankan mengenai hubungan kita kepada pencipta, Allah Tuhan semesta alam, hubungan sesama insan dan yang lebih penting bagi Sarah, mengingatkan hakikat hidup sebagai hamba yang tidak lari dari tanggungjawab dan kematian. Bernyawanya kita adalah sebagai hamba.

" Ya, mati itu benar. Mati itu pasti dan tiada yang lebih pasti sepasti mati...."

Berkali-kali juga terpaksa menahan air mata dari gugur dek kerana terlalu menghayati tiap cerita yang disampaikan dan kadangnya gagal juga. Huhu.

Banyak input yang Sarah dapat dari buku ini. Sangat banyak. Kalau nak diceritakan secara terperinci pastinya tak mampu.

Satu kelebihan mereka yang bergelar doktor ialah mereka melihat nilai nyawa itu dalam pelbagai sudut. Moga Allah berkati kalian.

Apa yang menarik, banyak perkataan, istilah dan ayat baru yang Sarah dapat dari buku ini. Ilmu untuk Sarah!

Buat yang telah berjaya menghasilkan buku ini, Sarah doakan Allah terima hasil usaha ini sebagai saham akhirat kalian. Amin.
-------------------------------------------------------

#2016ReadingChallenge

30 books for 2016

Time left : 318 days
Book finished : 3

Wednesday, February 3, 2016

My Happy Day


Alhamdulillah, syukur.

Pagi tadi memang teringin sangat nak makan mee goreng. Dah beli tapi Allah uji dengan satu kejadian. Mungkin dah tertulis itu rezeki 2 ekor kucing yang asyik ikut ke pejabat.

Hari ni kebetulan balik kerja lambat. Ada kerja yang perlu diselesaikan. Sampai rumah buka tudung saji ada mee goreng. Bahagia!

Punya lapar dan terlalu gembira dapat mee, terus duduk makan. Baru sumbat satu suap, tiba-tiba datang sekotak kek/brownies depan mata. Hampir tersedak.

Allah... Tak tahu nak kata apa. Dari pagi tak terfikir langsung pasal hari ni. Maklumlah dah makin tua. Hanya niat nak kerja dengan semangat saja.

Allah susun semua ada di rumah kecuali cik adik yang ada di Bahau. Macam ni pun happy. Terima kasih tak terkata buat mereka.

Aku tahu, kalau aku minta apa pun mereka akan buat dan akan kasi. Tapi bagi aku cukup aku masih ada mereka yang aku boleh pinjam hati untuk rasa tiap apa perasaan yang aku ada.

Aku bersyukur. Cukup bersyukur. Terima kasih!

Terima kasih juga buat yang tak putus-putus kirimkan doa. Moga Allah berkati. :)

© Pelangi Intisar | Blogger Template by Enny Law