Sunday, January 3, 2016

Kenangan Ho Chi Minh City (Part 2)

Salam.. 

Sarah minta maaf sebab baru ada kesempatan untuk update cerita di Ho Chi Minh Part 2.

Dah sebulan berlalu. Harap masih sudi membaca :)

Hari kedua, kami ambil kesempatan untuk berjalan sekitar Ho Chi Minh dengan hanya berjalan kaki.

Pagi itu, kami bercadang untuk melawat muzium. Pada masa yang sama, berjalan-jalan sekitar tu.

Kami hanya berbekalkan peta yang ada untuk ke destinasi. Sepanjang perjalanan, banyak juga ujian yang terpaksa ditempuh.

Antaranya kami ditarik-tarik oleh penjual kelapa di sepanjang jalan. Hampir juga ditipu oleh pengayuh beca. Alhamdulillah, tiada apa-apa buruk berlaku.

Peta sekitar Ho Chi Minh

Suasana tetap juga sibuk. Kebetulan kami selisih dengan waktu persekolahan habis. Memang sesak dan ramai. Penjual di tepi jalan juga penuh.

Kami sempat melepaskan penat di taman yang diberi nama Tao Dan Park. Taman yang cantik dan bersih bagi Sarah.

Tao Dan Park

Perjalanan jadi lama kerana kami keliru dengan peta dan ditipu arah jalan. Pengayuh beca dan penjual kelapa di sana juga licik. Pada mula kononnya ingin membantu, tawarkan beca untuk menghantar. Bila di tolak, menipu pula arah jalan. Haihh! Hati-hati ya kawan-kawan.

Setelah lama, kami jumpa jalan ke muzium. Sebenarnya jarak tidak jauh dan tidak susah untuk jumpa. Mungkin inilah dikatakan cabaran. Jumpa muzium, lega!

War Remnants Museum

Dah sampai muzium, tidak dibenarkan masuk sebab muzium tutup untuk waktu tengah hari dan akan dibuka selepas 1:20 pm. Waktu tu jam baru tunjukkan 11:55 a.m. Sangat lama untuk menunggu. Hanya mampu meninjau di luar sahaja. Apa boleh buat, redha sahaja sebab ada perancangan lain lagi selepas ini.

Sekitar muzium

Kami mengambil keputusan untuk ke Ben Thanh Market bagi selesaikan semua tempahan yang diminta oleh pelanggan dan kawan-kawan dari Malaysia. Itu antara tujuan utama juga iaitu memborong barang dan kain.

Lokasi memborong.

Bermulalah sesi memborong. Banyak yang nak di borong. Perut lapar, tetapi harus selesaikan misi ni dulu. Nanti belanja diri makan nasi. Yeaahh!

Dah mula rambang mata

Masuk dalam, nak cari apa yang orang nak bukan senang. Mana tidaknya, sydah mula rambang mata. Tapi nak cari kedai yang berbaloi. Sini pun kena hati-hati. Seboleh-bolehnya nak cari yang murah. Haha.

Haa.. Pilih!

Akhirnya jumpa juga kedai yang sesuai. Design semua terbaru dan hari-hari design berbeza. Siapa tak nak kan? Apa lagi? Pilih lah!

Ada kain cotton yang semurah RM25 3.5 meter di sini. Kalau pandai bodek, boleh dapat lagi murah daripada tu. Sutera pun ada. Harga pun semurah RM50. Murah kan?

Bila tiap kali minta diskaun, mesti ada antara peniaga yang kata 

" Ringgit jauh, mana boleh kurang banyak. "

Nasiblah. Hahaha. 

Dah selesai memborong, terus ke Butik Rohani Rohani Collection. Sesi memborong kain telekung. Telekung sini semua murah. Ada yang harga sini RM33, tapi Malaysia dah naik RM85 paling kurang. Boronglah sebanyak yang nak. 

Cantik-cantik

Bukan setakat telekung sahaja, malah jubah dan tudung pun ada dijual di sini. Harga sangat murah. Sempat juga beli air kopi yang dijual sebelah butik. 


Kopi vietnam

Dah selesai memborong, kami terus menjalankan misi seterusnya iaitu mencari nasi untuk di makan. Semalam satu hari tanpa nasi. Hari ini perlu cari nasi. Dari pagi terbayang nasi. Hahaha.

Ok, sebelum tu sempat juga Sarah borong serbuk kopi vietnam. Kisar depan mata, tau! Bau wangi. Suka! Hahaha.

Akhirnya kami memilih untuk membeli makanan di Restoran Hajah Basiroh. Makanan sedap, harga berbaloi! Nasi untuk 4 orang dan ayam seketul seorang beserta lauk sayur, lebih kurang 260 ribu dong. Kedai berada di celah-celah bangunan. Sekilas lalu, tak perasan lah. Huhu.

Piroh muka lapar :P

Sudah dapat nasi, terus balik hotel makan dengan tenang. Alhamdulillah kenyang sebab makanan banyak. Hahaha.

Sempatlah berehat lepas tu sebab malam nak ke mid night market lagi. Ada lagi barang yang belum jumpa. Untuk malam tu sahaja, duit kami masih berbaki banyak. Berjimat punya pasal. Hahaha.

Baki 1juta 108000 dong
(Satu juta seratus lapan ribu dong)

Kami cuba meminta pertolongan wanita kaunter semalam untuk buat tempahan teksi dari syarikat teksi semalam tetapi wanita itu tidak membantu dan hanya memberi alasan depan hotel sudah banyak teksi.

Oleh kerana inginkan diskaun 30%, Sarah buat panggilan menggunakan simkad yang dibeli semalam. Alhamdulillah teksi ditempah dengan harga diskaun.

Sudah rehat sepenuhnya, keluar lagi. Borong apa yang patut. Maklumlah, esok sudah mahu pulang! Sedang memborong, terjumpa kedai jual jubah dan baju kurung yang murah. Murah sangat!

Terbeliak mata kan? :P

Dah ada depan mata, apa lagi? Borong juga lah! Hahaha. Dah selesai semua, terus balik sebab nak timbang dan packing barang pula. Malam ni dah tak sesat. Hahaha.

Smpai di hotel terus, terus minta pertolongan pekerja lelaki di situ untuk menghantar penimbang ke bilik. Masa untuk menimbang!

Tunggu esok saja untuk balik. Hari yang menyeronokkan. Alhamdulillah.


Bahagian 3 bersambung...





No comments:

Post a Comment

© Pelangi Intisar | Blogger Template by Enny Law