PERPISAHAN ITU
Aku merenung kembali
Akan kenangan yang tersimpan rapi
Sebuah perpisahan yang melukakan hati
Tapi bagiku redhaNya biarlah pengganti
Ku mensyukuri akan perpisahan itu
Kerana ku yakin Kau Maha Mengetahui
Dia bukan untukku
Jauh di sudut hati ini
Mendoakan hidayah buatnya
Agar terpandu selalu di landasanNya
Dikurniakan kebahagiaan
Dan insan yang terbaik untuknya
Kekecewaan yang dirasakan itu
Begitu menyedarkan aku (Menyedarkan
aku..)
CintaNya jalan segala kebahagiaan
Bersyukurnya aku (Bersyukurnya aku..)
Betapa Dia cintakan aku
Moga diampunkan dosa-dosa lalu
Ku bermohon dikurniakan kebahagiaan
abadi
Bantulah aku...
Terimalah aku...
Damaikan gelora hati ini
Lirik: Sarah Lee
Lagu/Penyanyi: Wan Azri
Salam semua. Sengaja Sarah nak kongsikan hasil video klip yang pernah Sarah dan kawan-kawan hasilkan untuk salah satu subjek waktu kolej sebelum ni.
Sebenarnya lirik ni dibuat pada 5 Januari 2012 dan video ni dibuat pada Disember 2013. Kebetulan waktu tu pensyarah minta hasilkan video klip dari lagu ciptaan sendiri dan kawan-kawan sepakat untuk menggunakan lirik ciptaan Sarah yang sekian lama tersimpan. Dalam banyak-banyak lirik, 'Perpisahan Itu' menjadi pilihan.
Walaupun video ni biasa sahaja, bagi Sarah yang waktu dan ketika itu masih baru dalam menghasilkan video, rasa berbangga dan bersyukur mampu buat sebaik ini. Hihihi. Penyanyi lagu ni pula merupakan salah seorang rakan blogger yang ketika tu Sarah aktif dengan blog Pelangi Intisar yang sebelum ni. Hahaha. Rindu rakan-rakan blogger dari blog tu.
Banyak lirik buat tapi baru 2 menjadi lagu, 1 menjadi video klip. Menulis sebab minat. Perlahan-lahan kayuh. Banyak yang masih boleh dan perlu belajar. Ini dulu sebab campur berangan kononnya nak jadi komposer hebat. Hihi. Nukilan untuk diri sendiri pun dah cukup. Hahaha!
No comments:
Post a Comment