Alhamdulillah.. Sudah 2 minggu berada di alam pekerjaan. Terasa sekelip mata semuanya berlalu. 4 Februari 2015 mula praktikal di Institut Sukan Negara (ISN), 30 April 2015 berakhir praktikal, 28 Mei 2015 Final presentation, dan 8 Jun 2015 sudah mula bekerja. Sangat pantas semuanya.
Syukur. Allah kurniakan rezeki. Allah mudahkan semuanya. Satu pengalaman baru. Dunia pun, dunia baru. Walaupun sibuk dan kerja tak menang tangan, rasa sangat gembira. Mungkin inilah detik permulaan untuk Sarah mulakan langkah. Banyak yang perlu dikejar dan banyak yang ingin dilakukan. Moga semuanya dipermudahkan.
Salam semua. Sengaja Sarah nak kongsikan hasil video klip yang pernah Sarah dan kawan-kawan hasilkan untuk salah satu subjek waktu kolej sebelum ni.
Sebenarnya lirik ni dibuat pada 5 Januari 2012 dan video ni dibuat pada Disember 2013. Kebetulan waktu tu pensyarah minta hasilkan video klip dari lagu ciptaan sendiri dan kawan-kawan sepakat untuk menggunakan lirik ciptaan Sarah yang sekian lama tersimpan. Dalam banyak-banyak lirik, 'Perpisahan Itu' menjadi pilihan.
Walaupun video ni biasa sahaja, bagi Sarah yang waktu dan ketika itu masih baru dalam menghasilkan video, rasa berbangga dan bersyukur mampu buat sebaik ini. Hihihi. Penyanyi lagu ni pula merupakan salah seorang rakan blogger yang ketika tu Sarah aktif dengan blog Pelangi Intisar yang sebelum ni. Hahaha. Rindu rakan-rakan blogger dari blog tu.
Banyak lirik buat tapi baru 2 menjadi lagu, 1 menjadi video klip. Menulis sebab minat. Perlahan-lahan kayuh. Banyak yang masih boleh dan perlu belajar. Ini dulu sebab campur berangan kononnya nak jadi komposer hebat. Hihi. Nukilan untuk diri sendiri pun dah cukup. Hahaha!
Assalamualaikum..
Alhamdulillah, masih diberi nafas untuk berada di muka bumi ini. Untuk pengetahuan kalian, blog ini adalah penyambungan dari blog lama Sarah, www.khairaintisar.blogspot.com yang sekian lama Sarah sepikan. Hal ini kerana, akaun untuk blog tersebut tak dapat dibuka dan tidak diketahui puncanya. Sarah berhajat mahu jadikan blog ini sebagai satu blog umum untuk tatapan semua berbanding blog lama Sarah yang banyak berkongsi mengenai dunia Sarah sendiri. Buat pembaca lama Sarah, terima kasih kerana banyak memberi semangat. Jumpa di post akan datang. Wassalam.